Isnin, 9 April 2012

Perhimpunan rasmi


 Guru Besar Tuan Haji Azami Bin Yusof menyampaikan hadiah pada Perhimpunan Rasmi kepada Mohd Zamir Faizi kerana berjaya menjadi johan  Sahibba Peringkat Daerah dan akan mewakili  Peringkat Negeri.
 Puteri Ainnur Qhayrin Bt Megat Putera Nizam juga menerima sijil penghargaan kerana berjaya mendapat tempat ke lima pertandingan Sahibba peringkat daerah, juga akan mewakili peringkat negeri.
 Penerima Pin Kecemerlangan Tahun 6 (Visal A/L Sathiaseelen) kerana berjaya mendapat 4A dalam Ujian Pengesana Peringkat Sekolah.
 Fatimah Bt Darmadi juga menerima Pin Kecemerlangan daripada Tuan Guru Besar.

Ahad, 8 April 2012

Refleksi

Salam, hari ke dua kelas yang saya hadiri bersama teman-teman sekuliah untuk semester 2. Ini bermakna dua hari juga perasaan saya terganggu dek mengenang soalan-soalan kuiz yang mesti kami jawab. Terfikir sejenak, mungkin beginilah perasaan anak murid kita apabila tiba musim peperiksaan walaupun mereka jarang mempamerkannya. Alangkah seronoknya kalau tiada peperiksaan atau ujian dalam hidup kita kan! Natijahnya peperiksaan masih diperlukan bagi membuat penilaian! Oleh itu pandai-pandailah kita mententeram dan memujuk diri agar sentiasa tenang dan bersedia. Untuk murid-murid di luar sana, diharap agar sentiasa bersedia dan mengulangkaji pelajaran agar berjaya dalam setiap peperiksaan yang dihadapi...